49,000 tonton live Fattah Amin di TikTok, ratusan netizen bagi ‘gift’. Umpama solidariti buat pelakon Fattah Amin, para pengguna media sosial ‘berkampung’ di siaran langsungnya di TikTok malam ini.
Siaran langsung yang dikatakan pertama kali dilakukan di aplikasi tersebut telah ditonton lebih 49,000 pengguna dan menerima lebih 26 juta tanda suka.
Malah, berdasarkan tinjauan kami, pengguna juga turut menghadiahkan beratus ‘gift’ kepada pelakon terbabit.
Menerusi siaran langsung itu, Fattah memaklumkan bahawa dia sempat menjenguk anaknya, Fatima, walaupun sekejap. Namun, katanya, anak tunggal perempuannya itu tidak sihat.
“Doakan Fatima agar cepat sembuh, kesian dia. Ingat esok nak bawa dia jalan-jalan, tapi tak dapat sebab dia masih tidak sihat.
“Daddy dah suruh Fatima makan ubat, harap dia cepat sembuh supaya lepas ini saya dapat bawa dia jalan-jalan,” katanya semasa bersiaran langsung.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Fatima cepat sembuh dan agar Fattah dapat meluangkan masa bersama anaknya itu.
Sementara itu, di aplikasi X, netizen juga meninggalkan komen dan reaksi terhadap siaran langsungnya, dengan ada yang meluahkan rasa sedih atas keadaan yang menimpa pelakon terbabit.
“Join live Fattah Amin, pastu mata aku pun dah start barai,” tulis @faizredwan.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @afarefabadi.
“Fattah Amin live kat TikTok. Tengok gaya dia live tu macam kali pertama live. Tapi 50k kot views dia. Lagi ramai dari views live perarakan hari kemerdekaan,” ujarnya.
@anistaqwa Lucu jgk tengok live #fattahamin ♬ original sound – Anistaqwa