49 individu beragama Islam ditahan kantoi minum arak

49 individu beragama Islam ditahan kantoi minum arak

49 individu beragama Islam ditahan kantoi minum arak.

Seramai 49 individu beragama Islam ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) selepas didapati mengambil minuman keras dalam Operasi Bersepadu Premis Hiburan, pada Jumaat.

DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan, 49 individu beragama Islam terdiri daripada 24 orang lelaki dan 25 wanita yang ditahan Jawi diberikan Surat Perintah Hadir (SPH) ke Bahagian Penguatkuasaan Jawi menerusi Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Akta 559).

Operasi diketuai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bermula jam 12 tengah malam itu dijalankan di sekitar Jalan Kia Peng dan Jalan Metro Pudu sebelum berakhir pada jam 4 pagi, pada Jumaat.

DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan, selain Jawi, operasi dengan kerjasama agensi sahabat itu melibatkan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan.

49 individu beragama Islam ditahan kantoi minum arak

Menurut DBKL, hasil pemeriksaan dijalankan di tujuh buah premis hiburan, DBKL turut mengenakan tindakan penutupan (sealed) serta merta dan sita peralatan terhadap satu (1) buah premis di bawah Seksyen 17, Akta Hiburan 1992.

“Ini termasuk membuka satu kertas siasatan (IP) di bawah Seksyen 4(1)(a) dan 4(1)(b) kerana mengadakan aktiviti hiburan (muzik) tanpa kebenaran dan satu notis di bawah Kaedah 29(2), Kaedah-Kaedah Hiburan (WPKL) 1993 kerana membenarkan pengunjung bawah umur memasuki premis hiburan (kelab malam),” menurut kenyataan itu.

Selain itu, DBKL mengeluarkan satu notis kompaun di bawah UUK 5(1), Undang-Undang Kecil Iklan (WPKL) 1989 kerana mempamerkan iklan premis tanpa lesen dan membuat tindakan sita terhadap 10 pelbagai peralatan muzik melibatkan ‘spinner’, ‘karaoke system player’, ‘mixer’ dan ‘sound controller’ serta pembesar suara.

Baca Lagi:

PENGKID berpakaian ihram depan Kaabah! Kau tu perempuan kenapa pakai ihram? Tengok ni rasa marah!

Video lelaki mengamuk tak pakai baju pukul budak-budak tahfiz dalam surau mula tular

Selepas kecoh maki hamun, Diva AA terkena sihir, ini keadaan dirinya amat mengejutkan orang ramai

CATEGORIES