4 tahun bercinta, wanita buntu pasangannya suka berzina sesama jenis

Photo of author

By Joe

4 tahun bercinta, wanita buntu pasangannya suka berzina sesama jenis. Asalamualaikum, saya sendiri di sini tak tahu macam mana nak mula. Saya mencari pelbagai laman web untuk bertanyakan masalah yang sedang saya hidapi sekarang yang membawa saya untuk meluahkannya dan mendapatkan pendapat di sini.

Saya dan pasangan sudah 4 tahun bercinta, dan tahun ini merupakan tahun keempat kami bersama.

Kesnya bermula bulan 1 tahun ini 2023, saya dan pasangan ada pertelingkahan kecil yang membawa kebongkaran segala kisah gelap yang disembunyikan pasangan saya selama 4 tahun kami bersama.
Dari tahun lepas saya ada musykil dengan 1 nombor yang disave diphone contact pasangan saya sebagai “abang”. Ketika berlakunya pertelingkahan kecil awal tahun lalu saya tergerak hati nak meyuarakan dan bertanya akan siapa “abang” tersebut kepada pasangan saya.

4 tahun bercinta, wanita buntu pasangannya suka berzina sesama jenis

Dia memberi saya jawapan yang tergantung dengan alasan tidak ingat akan perkara itu kerana telah lama berlalu.

Hal itu membuatkan saya bertindak untuk mendapatkan number telefon “abang” itu secara senyap dan menghatar pesanan melalui wasap.

Saya berpura menjadi pasangan saya, dan dari situ saya dapat mengorek segala kisah mereka yang disembunyikan selama ini. “Abang” itu jugak telah mengantoikan yang pasangan saya memang bermain applikasi (g4y application) di belakang saya.

Dia bertindak memadamkan segala perbuatannya ketika kami bertemu dan hal itu membuatkan saya tidak syak apa2 sebelum ini.

Sebelum bertemu saya juga mereka telah berjumpa dan melakukan maksiat. Dan paling menyakitkan hati adalah kali terakhir mereka berjumpa untuk melalukan perkara jijik itu adalan akhir tahun 2021.

Dimana ketika itu kami sedang baik dan hari2 berhubung.

Isu ini sangat memberikan impak kepada saya kerana pada awal pengenalan pasangan saya sudah bersumpah dan menceritakan yang dia melakukan benda yang tidak berat seperti itu dengan “wanita” dan kali terakhir dia melakukan itu adalah zaman sekolah.

Saya amat terkejut dan tidak tahu apa yang sepatutnya saya buat. Setengah pihak berpendapat untuk saya meninggalkan hubungan ini. Tetapi saya masih tidak kuat untuk meninggalkan setelah 4 tahun kami bersama.

Hari ini saya berasa boleh menerima dan memaafkan perbuatannya kerana itu digelarnya “masa lalu”. Tetapi hari lainnya membuatkan saya berasa jijik, dan tidak dapat menerima kenyataan yang saya sedang menjalinkan hubungan dengan “g4y”.

“Abang” itu selalu menampung perbelanjaan dari segi makan dan macam2 memandangkan pasangan saya masih lagi belajar di sebuah universiti.

4 tahun saya ditipu hidup2, didepan saya dia menyatakan cinta dan macam2 ayat manis sedangkan belakang saya dia menjalin hubungan s3x dengan lelaki.

Ada ketika saya terfikir adakah saya tidak cukup dan apa benda yang tidak cukup saya berikan setelah segalanya saya korbankan untuk dia.

Dia terus menyatakan bahawa kali terakhir mereka melakukan benda itu adalah 1 tahun lepas dan ianya telah berlalu,

Dia menegaskan untuk saya tidak lagi mengingati perkara tersebut kerana mereka tidak lagi berhubung memandangkan pasangan saya juga telah menyekat lelaki itu di semua social media awal tahun lepas.

Pasangan saya menyatakan dia menggunakan “abang” itu untuk kepentingannya dari segi kewangan dan membayar “abang” itu dengan s3x.

Perasaan saya sekarang bercampur aduk, dia tetap menegaskan yang dia enggan melepaskan saya kerana sayangkan hubungan kami. Saya disini masih berjuang semenjak hari terbongkarnya segala perbuatan kotor mereka itu.

Ada hari saya boleh menerima dan ada hari akan membuatkan saya sedih, sakit hati dan celaru.

Saya berharap dapat mengkongsikan pendapat dan membantu menyelesaikan permasalahan yang sedang saya hidapi waktu ini.

– Yaya (Bukan nama sebenar)

Baca Lagi:
Bantuan Tunai RM200 selama 3 bulan untuk rakyat Malaysia
Ini kisah sejarah Kicap Cap Kipas Udang yang korang selalu makan tu
Lelaki ini masih terima isterinya walaupun dah 25 kali kantoi lari dengan lelaki berbeza, tak sangka ini alasannya