4 sahabat bawah umur rogol gadis secara bergilir-gilir hingga mati, mayat ditinggal tepi kubur Cina. Gila dan tidak berperikemanusiaan, itulah perkataan paling sesuai diberikan terhadap perbuatan 4 remaja lelaki bawah umur yang menjadi penyebab pemergian seorang gadis berusia 13 tahun. Pada 1 Ogos lalu, tubuh gadis malang tersebut ditemui dalam keadaan menyayat hati di sebuah kawasan perkuburan Cina.
4 pelaku menyetubuhi AA secara bergilir-gilir
Menurut kronologi asal, salah seorang pelaku dengan nama inisial IS, 16, telah mengajak teman wanitanya, AA untuk bertemu di sebuah acara persembahan kuda kepang. AA kemudiannya dibawa ke sebuah kawasan perkuburan Cina sebelum mulut dan hidungnya ditekup sehingga nafas terhenti.
3 orang sahabat IS yang masing-masing baru berusia 13 dan 12 tahun rupanya sudah bersedia di situ. Seakan sudah hilang kewarasan, keempat-empat remaja bawah umur itu mula melampiaskan nafsu mereka kepada AA secara bergilir-gilir.
Usung badan AA sejauh 30 minit & lakukan sekali lagi
Tidak cukup dengan apa yang telah dilakukan, mereka seterusnya memindahkan tubuh AA sejauh 30 minit dari lokasi tersebut dengan cara berjalan kaki. Dalam perjalanan itu, barang bukti berupa seluar dalam AA sempat dibuang. Setelah tiba di kawasan yang dirasakan lebih selamat, mereka kembali melakukan tindakan kejam tersebut sebelum meninggalkan tubuh AA begitu sahaja. Keesokan harinya, penduduk setempat menemui tubuh AA.
4 remaja rupanya ketagihan video dewasa
Sebelum ditangkap oleh pihak berkuasa, keempat-empat pelaku dikatakan sempat menghadiri majlis tahlil di rumah AA. Hasil pemeriksaan forensik mendapati beberapa kecederaan di sekitar tubuh AA, termasuk kesan koyakan pada organ reproduksinya.
Polis turut menemui koleksi video dewasa dalam telefon bimbit mereka berempat. ‘Kepala’ kepada jenayah ini, iaitu IS, mengakui bahawa jenayah tersebut telah dirancang lebih awal disebabkan oleh rasa berahi akibat ketagihan video dewasa.