4 perkara yang perlu dibuat jika bermalam di hotel, no.4 paling ramai yang risau…. Seronoknya bila dapat daftar masuk ke hotel. Inilah tempat yang paling selesa dan menggembirakan untuk melepaskan tekanan.
Rasa tenang tanpa gangguan daripada sesiapa.
Rata-rata merasakan bahawa ketika mendaftar masuk ke hotel, tempat tersebut adalah selamat.
Namun, kita tidak tahu bahawa ada sesetengah hotel yang mungkin tidak selamat, terutama bagi wanita yang ingin bercuti. Ada risiko ‘mata-mata’ yang memerhatikan tanpa kita sedari.
Bukan hanya wanita yang suka bercuti dan kerap mendaftar masuk ke hotel yang berdepan dengan risiko ini, tetapi ia juga boleh membahayakan sesiapa sahaja yang menginap di sana, termasuk keluarga.
Oleh itu, semasa mendaftar masuk ke hotel, cuba perhatikan sekeliling bilik dan ikuti panduan yang disarankan oleh Mirzan Johor dalam video TikToknya.
Sebelum ‘Check Out’ Hotel, Tanggalkan Semua Linen Di Lantai, Elak Digunakan Tetamu Lain
Cara ‘Beradab’ Menginap Di Hotel Bila Bercuti atau ‘Outstation’, Elak Gangguan!
Jangan Tinggal Kunci Bilik Di ‘Reception’ Bila Bercuti Di Hotel
Check In Hotel, Tip Untuk Wanita
- Ambil gelas dan letakkan pada tombol pintu supaya jika ada orang yang cuba membuka pintu, gelas akan jatuh dan anda akan tahu.
- Biasakan untuk meletakkan hujung jari pada cermin bilik air. Pastikan hujung jari anda tidak bertemu di cermin tersebut. Jika bertemu, itu mungkin bukan cermin sebenar; mungkin ada yang memerhati.
- Dalam bilik hotel, perhatikan lubang air cond di bahagian atas. Ada kemungkinan individu yang berniat jahat meletakkan kamera di celah lubang tersebut.
- Cuba tutup lampu dalam bilik dan periksa keseluruhan bilik. Pastikan tiada lampu yang berkelip-kelip. Jika ada, itu mungkin tanda terdapat ‘spy camera’. Hati-hati.
Walaupun kita sering mendengar tentang tip ini, tidak salah untuk mengamalkannya ketika mendaftar masuk ke hotel. Hati-hati sebelum terjadi sesuatu dan jangan anggap semua hotel adalah selamat.
Jangan TUTUP LAMPU TANDAS Jika BERMALAM Di HOTEL
Apabila bercakap tentang bermalam di hotel, bukan hanya anak-anak yang seronok, mak ayah juga turut gembira. Mungkin kerana suasananya berbeza daripada rumah.
Kita boleh katakan bahawa tidur di rumah dengan bermalam di hotel tidak banyak bezanya, kerana kebanyakan rumah kini dilengkapi dengan penghawa dingin, tilam empuk, dan sebagainya.
Namun, suasana hotel mungkin membantu kita melupakan tekanan dan kerja rumah buat sementara waktu. Ini adalah masa untuk berehat di luar kediaman kita.
Biasanya, apabila tidur di rumah, semua lampu mesti dimatikan kecuali lampu tidur. Namun, ada sesetengah orang yang sukar tidur jika terdapat cahaya lampu, dan ini boleh mengganggu tidur mereka.
Walau bagaimanapun, apabila bermalam di hotel, jangan matikan semua lampu sebelum tidur. Pastikan lampu, terutamanya lampu tandas, dibiarkan menyala dengan samar-samar.
Bermalam Di Hotel, Buka Lampu Tandas
Tahukah anda, apabila menginap di hotel, disarankan untuk tidak mematikan lampu tandas, sebaliknya biarkan ia terpasang sepanjang masa. Berikut adalah tiga sebab mengapa anda perlu membiarkan lampu tandas menyala.
PERTAMA:
Sebagai persediaan untuk keluar jika berlaku sesuatu
Contohnya, jika berlaku kemalangan yang tidak disangka atau untuk melihat sesiapa yang masuk ke bilik hotel kita, cahaya dari lampu tandas dapat membantu kita melihat jika ada orang yang masuk melalui pintu bilik. Ini membolehkan kita membuat persediaan jika orang tersebut adalah seseorang yang tidak kita kenali.
KEDUA:
Untuk lebih selesa dan selamat jika ingin menggunakan tandas pada waktu malam
Ketika tidur di hotel, kita biasanya mudah terbangun pada waktu malam kerana ingin ke tandas. Dalam keadaan ‘mamai’ dan mengantuk, kita akan lebih mudah untuk terus ke tandas tanpa perlu mencari suis lampu jika lampu tandas sudah menyala.
KETIGA:
Akan tidur dengan lebih nyenyak
Menurut kajian, menyalakan lampu tandas dapat membuatkan kita tidur dengan lebih nyenyak. Ada yang berfikir bahawa lampu tandas yang terpasang akan mengganggu tidur, tetapi sebenarnya tidak. Lampu bilik air yang redup dan jauh dari tempat tidur tidak akan mengganggu kita. Sebaliknya, ia membuatkan kita berasa lebih selamat dan kurang asing berada di tempat baru.
Ini kerana kita sering terfikir tentang perkara menakutkan yang pernah kita dengar atau baca. Dengan menyalakan lampu, kita akan berasa lebih selamat dan tidak terfikir perkara yang tidak sepatutnya semasa berada di hotel.