4 individu ditahan kes resit tempah piza hina Islam. Empat individu telah ditahan bagi membantu siasatan kes resit pesanan pelanggan sebuah restoran rangkaian pizza di Kenari Avenue di Bayan Lepas, yang didakwa menghina Islam.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad, mengatakan mereka terdiri daripada tiga warga Myanmar, termasuk sepasang suami isteri, dan seorang lelaki tempatan, yang telah ditahan oleh polis di sebuah pondok dalam dusun durian di Sungai Ara, di sini.
“Manakala lelaki warga tempatan itu pula dibebaskan dengan jaminan polis selepas permohonan reman terhadapnya tamat Isnin lalu.
“Setakat ini, kita telah menerima sebanyak 17 laporan polis berkaitan dengan kes tersebut,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini hari ini.
Terdahulu, media melaporkan bahawa polis telah merakamkan keterangan lapan individu, termasuk dua pekerja rangkaian restoran pizza yang terlibat, bagi membantu siasatan kejadian pada 15 Mei yang lalu.