3 tahun tak bagi nafkah, Isteri terkejut jumpa suami sendiri di aplikasi cari jodoh

3 tahun tak bagi nafkah, Isteri terkejut jumpa suami sendiri di aplikasi cari jodoh

3 tahun tak bagi nafkah, Isteri terkejut jumpa suami sendiri di aplikasi cari jodoh. Aku Layla, dah kahwin genap tiga (3) tahun dengan suami aku. Bulan ni anniversary kitaorang. Aku harap kisah ni dijadikan iktibar buat semua pasangan.

Aku sedar aku isteri yang kurang berikan layanan kepada suami asbab aku sibuk dengan dua (2) pekerjaan yang aku ada dan aku juga sibuk sambung belajar demi mengukuhkan lagi jawatan aku.

Ini kerana aku terpaksa bayar hutang belajar dulu, hutang peguam, hutang kereta, hutang keperluan rumah, dan beberapa perkara lagi hutang yang ada.

Kalau ikut gaji suami aku, memang tak boleh nak bantu untuk bayar, malahan bil letrik kat rumah pun kita orang share bayar 50-50. Jadi aku tak boleh nak harapkan duit suami aku untuk semua ini. Maka aku berusaha mencari duit lebih.

3 tahun tak bagi nafkah, Isteri terkejut jumpa suami sendiri di aplikasi cari jodoh

Aku rasa aku bukanlah isteri yang terlalu teruk. Walaupun ada kala aku pernah juga tak sengaja sakitkan hati dia sebab mental aku terlalu penat.

Dan aku juga diuji dengan perpisahan bersama anak sulung ku (hasil dengan bekas suami lama) dulu. Ya aku juga sebelum ni janda anak satu (1).

Suami aku pula duda anak dua (2) dan sekarang dia dah tambah lagi sorang anak (hasil anak dengan aku) jadi total anak dia ada tiga (3) orang.

Suami aku bagus, hafal Al-Quran, jaga solat dan memang jenis family man. Cuma ada beberapa perkara kekurangan dia yang kadang aku cuba untuk tolerate dan semakin hari sebenarnya aku dah boleh imun dengan kekurangan tersebut.

Paling aku tak suka ialah sikap culas suami aku untuk berikan nafkah kepada anak-anak dia (hasil dari perkahwinan pertama). Dia kata dia perlu dahulukan keluarga yang ada dan akan berikan pada anak-anak di sana setelah gaji dia semakin besar.

Sekarang dah tiga (3) tahun lah dia tak bayar nafkah kepada anak-anaknya. Dan bekas isteri dia block dia dan tak bagi anak pada dia sebab tak berikan nafkah pada anak-anaknya.

Itu belum masuk bab lain lagi yang ada kala aku kecewa dengan dirinya.

Ya dia memang berikan nafkah tiga (3) daripada lima (5) perkara yang wajib pada aku iaitu tempat tinggal, makan, pakaian (pun tak sempurna nafkahnya tapi aku tak kisah sangat), baki lain aku bantu bayarkan.

Nak pendekkan cerita, masa cuti sekolah ni aku nak bersama dengan anak aku yang dah lama aku tak dapat jumpa dan bersama dengan dia (asbab situasi kritikal yang berlaku itu juga ada kaitan dengan suami aku. Panjang cite kalau aku nak tulis kat sini).

Jadi aku bincang dengan suami nak duduk dengan anak aku kat kampung parent aku sebab bekas suami aku tak bagi anak aku (anak perempuan) bermalam dan duduk satu bumbung dengan suami aku.

Sebab tu aku terpaksa berkorban juga untuk PJJ dengan suami aku untuk bersama-sama dengan anakku.

Tapi tak sangka, baru seminggu aku PJJ dengan suami dan sebenarnya waktu nak PJJ ni kami juga ada Discuss untuk berpisah sebab tak sehaluan, tak sefahaman, asyik gaduh dan paling teruk isu anak aku yang sulung ni asbab paling kuat,

Dan aku terkejut kawan aku wasap aku bagitau ada ternampak lelaki iras suami aku di aplikasi cari jodoh (aku taknak sebut nama aplikasi tu sebab aku terlalu kecewa dan tak sangka).

Kawan aku tu cerita ada berbalas mesej jugak dengan suami aku sebab suami aku likes dia apa semua dan bila aku tahu tu aku terkejut tapi aku tipu kawan aku, aku cakap bukan suami aku kot tu, mungkin pelanduk dua serupa.

(Mungkin kalau dah semakin worst aku akan cerita perkara sebenar kepada kawan aku.) Suami aku mungkin terlupa isteri dia ni ramai kawan dan kenalan dari serata pelosok negara.

Lepastu aku terus install aplikasi tu nak tau lebih lanjut kegunaan dia, dan rupanya nak guna apps ni secara advance mesti purchase setiap bulan baru boleh chat, likes sesama pasangan dalam tu, dan boleh tau siapa like kita dan ada la beberapa features yang dia bagi jika kita bayar secara bulanan.

Bila aku fikir balik, sanggup ye suami aku buat camtu kat aku? Kata tak ada duit. Duit asyik tak cukup je bila aku acah-acah mintak dan jujur aku cakap aku tak pernah dapat duit dari dia tiap-tiap bulan. Mungkin hanya sekali kot dia pernah bagi sepanjang tiga tahun kahwin ni.

Malah anak-anak dia hasil perkahwinan pertama dulu pun dia culas bagi nafkah. Bahkan hutang aku pun masih ada dia belum bayar lagi.

Tapi nak purchase benda alah tu ada pulak duitnya. Hmmm…

Aku teringat dia pernah cakap dia akan rasa sunyi kalau aku PJJ dengan dia.. Sebab dia jenis tak boleh tak ada perempuan di sisi dia.

Aku ter recall balik masa bercinta dengan dia dulu, dia sebenarnya baru sangat cerai dengan bekas isteri dia malahan bekas isteri dia sempat tahu dengan siapa dia berkawan waktu tu sebab masih sibuk uruskan beberapa perkara bersama sebelum settle down secara rasmi. (Cerai secara official).

Bila aku teringat tu aku cakap dalam hati no wonder la dia akan install aplikasi jodoh tu sebab dia jenis kena ada perempuan teman dia.

Dan aku terkilan, sebab masa yang Allah berikan pada dia sekarang ni sebenarnya elok dia perbaiki apa yang kurang dalam dirinya dan juga usaha lebih untuk cari duit supaya dapat berikan pada ketiga-tiga orang anak dia.

Ini tidak, boleh pergi cari perempuan lain pulak. Walhal kesemua anak-anak dia sekarang bukan dia jaga. Jadi mesti banyak masa free bila di rumah.

Terkilan sungguh aku bila dapat tahu tu dari kawan aku. Serius aku kecewa tapi aku tak sergah dia, aku rilek je dulu, sebab aku sedar aku memang banyak kekurangan,

Dan mungkin sebab aku pernah juga beberapa kali terlepas minta dia lepaskan aku (sebab tekanan hidup yang aku alami bersamanya, walhal aku sebenarnya masih sayangkan dia bila kami berbaik semula).

Gaji suami aku memang tak besar, cukup-cukup makan je. Tapi itulah aku kesian takut dia menghampakan lagi anak dara orang dan anak perempuan orang lain.

Jika suami aku baca confession ni aku nak mintak maaf banyak-banyak pada dia sebab lukakan hati dia. Pernah tercakap kasar, tak berikan layanan baik pada dia,

Tapi aku dah pernah minta maaf pada dia juga dan aku menangis sebenar-benarnya bila dia hantar aku PJJ ke rumah parent aku baru-baru ni.

Aku nangis sebab aku tak boleh berjauhan dengan dia, aku rasa rindu dekat dia tapi aku taknak dan tak boleh nak bagitau dia sebab aku nak dia sedar dan ubah (fix) mana yang patut. Begitu juga aku (niat berjauhan sekejap untuk sama-sama muhasabah diri.)

Sebagai ketua keluarga itulah yang patut dia buat. Didik isteri dan anak-anak. Usaha cari nafkah sebaiknya dan betul-betul lunaskan tanggungjawab dia pada keluarga dia.

Aku tak marah dia buat begitu sebab aku tahu dia sunyi dan aku tahu dia mungkin ada sedikit tawar hati dengan aku. Tapi aku taknak bercerai dengan dia sebab aku masih ada sayang pada dia lagi.

Cuma aku harap dia usaha perbaiki segalanya dan paling tidak usaha untuk tanamkan rasa takut dan taqwa dalam hatinya. Itu saja.

Akhir kata, aku sentiasa doakan dia bahagia, kalau dia nak kahwin lagi satu pun aku harap dia tambahkan dulu ekonomi dia, dan jangan sesekali menzalimi dan menganiaya perempuan lain di luar sana yang mungkin naif dan akan terpaut dengan kata-kata manis lelaki.

Untuk perempuan pula buka hati dan minda, fikir masak-masak sebelum ingin menjadikan seorang lelaki itu imam kita kerana nak tukar imam bukan mudah, perkahwinan bukan permainan untuk kahwin cerai kahwin cerai. Dan suka aku ingatkan para asatizah ada menyebut,

“Contohi Nabi sebagai ketua keluarga, nanti isterimu akan turut mencontohi ummahatul mukminin (para isteri Nabi) juga.”

Jadi, untuk jadi ketua keluarga bukan mudah. Semoga awak tabah, sabar dan bahagia bersama siapa saja yang awak inginkan. Aku di sini akan sentiasa menanti apa saja keputusan mu dan aku redha dengan ketentuan Ilahi.

Aku confess di sini sebab aku tak mampu luahkan pada dia dan ini juga sebagai pengajaran pada pasangan lain. Wallahualam.

Yang benar dari isterimu yang masih setia,

– Layla (Bukan nama sebenar)
Baca Lagi:
Wanita dari Sarawak kongsi rahsia mudah menang jakpot Magnum 4D, siap tunjuk bukti menang RM13.59 juta
Kecoh monyet bawa lari duit RM5000
Sanggup beli van buruk RM200 untuk berniaga jual pulut & kopi, tapi hasilnya amat mengejutkan
CATEGORIES