3 remaja guna ‘molotov cocktail’ bakar khemah setelah berang ditegur kerap lepak

3 remaja guna ‘molotov cocktail’ bakar khemah setelah berang ditegur kerap lepak

3 remaja guna ‘molotov cocktail’ bakar khemah setelah berang ditegur kerap lepak.

Tiga remaja lelaki ditahan dipercayai menggunakan ‘molotov cocktail’ membakar khemah di sebuah kuil selepas berang ditegur kerana kerap melepak, dalam kejadian di Taman Pertama, Sabak Bernam.

Dalam kejadian pada 30 Jul, kesemua suspek berusia 15 hingga 17 tahun disyaki melakukan perbuatan khianat itu, kira-kira 2.30 pagi, dan ditangkap sehari kemudian.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Agus Salim Mohd Alias, berkata mereka tidak berpuas hati ditegur kerana kerap melepak di kawasan terbabit.

3 remaja guna ‘molotov cocktail’ bakar khemah setelah berang ditegur kerap lepak

“Mereka dipercayai menggunakan botol berisi petrol untuk membakar khemah itu kerana tidak berpuas hati ditegur kerap melepak di kawasan tersebut,” lapor Kosmo.

Katanya, penahanan dilakukan selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian khianat dengan api.

Beliau berkata, khemah dibakar itu dipasang bersama peralatan lain bagi program pencegahan jenayah anjuran persatuan penduduk setempat.

“Siasatan kemudian membawa kepada penahanan tiga remaja lelaki yang disyaki melakukan perbuatan itu pada awal pagi,” katanya.

Baca Lagi:

Selepas kecoh maki hamun, Diva AA terkena sihir, ini keadaan dirinya amat mengejutkan orang ramai

Punca Nabila Razali lah tidak kenal siapa Renggo Arrow, kehidupan Renggo terus berubah

Video panas penyokong The Red Warriors mengamuk selepas Kelantan FC kalah lawan Perak FC

CATEGORIES