3 kali ‘lompat’ agama, pempengaruh wanita akhirnya pilih agama Islam pilihan yang terbaik

Photo of author

By Joe

3 kali ‘lompat’ agama, pempengaruh wanita akhirnya pilih agama Islam pilihan yang terbaik. Seorang pempengaruh media sosial, Cristina Chew, 34, mengakui agama Islam adalah pilihan terbaik buatnya setelah tiga kali ‘lompat’ agama sebelum ini.

Ibu tunggal kepada seorang cahaya mata perempuan itu berkata, dia mengambil inisiatif hadir bersendirian ke program World #QuranConvention bagi mendalami ilmu agama Islam.
Menurutnya, program pada kali ini menarik perhatian kerana disediakan dalam bahasa Inggeris menjadikannya lebih faham konteks yang ingin disampaikan, lebih-lebih lagi penjelasan daripada bait surah al-Insan.

3 kali 'lompat' agama, pempengaruh wanita akhirnya pilih agama Islam pilihan yang terbaik

“Saya datang ke sini seorang diri selepas diberitahu oleh kawan, kebanyakan program keagamaan hanya dalam bahasa Melayu.
“Tapi, apabila kali ini dibuat dalam bahasa Inggeris, jadi ia lebih berkait dengan diri saya kerana saya seorang mualaf sejak Januari 2019.
“Banyak sebab peribadi mengapa saya tertarik dengan Islam, saya dah cuba macam-macam agama dan cari jawapan kepada persoalan saya, tapi akhirnya Alhamdulillah saya temui menerusi Islam,” ujarnya.

Dia berkata demikian ketika ditemui di pekarangan Movenpick Hotel & Convention Centre, KLIA Sepang pada Sabtu.

Dalam pada itu, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mencemar duli ke konvensyen sehari anjuran Yayasan Warisan Ummah (WUIF) dan Bayyinah Institute itu.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

World #QuranConvention (WQC) bertemakan ‘Serve To Be Served: A Divine Guidance From Surah Al-Insan’ merupakan sebuah program berasaskan al-Quran bertaraf antarabangsa buat julung kali diadakan.

Penyertaan melibatkan peserta dari Australia, Belgium, Brunei, Kanada, Jerman, Perancis, Indonesia, India, Mesir, Indonesia, Singapura, Filipina, Amerika Syarikat, Uzbekistan, Nigeria dan Palestin.

Baca Lagi:
Isteri Abang Viva muat naik satu hantaran di TikTok undang perhatian ramai
Ketua Pejuanita Muda serah surat letak jawatan
Pelajar OKU lelaki didakwa cabul 14 pelajar OKU di asrama