29 ekor ular sawa bersarang dalam longkang restoran di Shah Alam

Photo of author

By Joe

29 ekor ular sawa bersarang dalam longkang restoran di Shah Alam. Sebanyak 29 ekor ular sawa ditemui dalam saluran longkang di sebuah restoran di Seksyen 20 di sini pada hari Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan tersebut pada jam 9.56 malam.

“Seramai enam anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam segera ke lokasi kejadian.

29 ekor ular sawa bersarang dalam longkang restoran di Shah Alam

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati ular sawa tersebut masih berada dalam saluran longkang sebelum memulakan usaha mengeluarkan reptilia itu,” katanya dalam kenyataan pada hari Khamis.

Ahmad Mukhlis berkata, anggota menggunakan alat penjerut dan berjaya menangkap 29 ekor ular yang terlibat.

“Ular-ular tersebut kemudiannya dilepaskan di tempat yang selamat, sebelum anggota berkenaan pulang semula ke balai Bomba,” tambahnya.

Baca Lagi:
Patutlah bangsa Cina di Malaysia kaya raya, rupanya ini rahsia mereka simpan duit
“Seumur hidup aku, ini benar-benar sebuah Hari Ibu yang tawar”
Guru kongsi kisah sedih, murid minta bacakan Quran sebelum meninggal dunia