264 orang banduan berjaya larikan diri selepas penjara ditenggelami banjir

Photo of author

By Joe

264 orang banduan berjaya larikan diri selepas penjara ditenggelami banjir. Sekurang-kurangnya 274 banduan melarikan diri dari sebuah penjara di Borno, Nigeria susulan banjir besar yang melanda negeri berkenaan, menurut Perkhidmatan Koreksional Nigeria semalam.

“Banjir telah meruntuhkan tembok penjara, termasuk penjara kawalan sederhana Maiduguri (MSCC) serta kuarters kakitangan,” kata jurucakap perkhidmatan penjara, Abubakar Umar dalam satu kenyataan.

Menurut Umar, sekurang-kurangnya 281 banduan melarikan diri semasa mereka dipindahkan ke ‘kemudahan selamat dan terjamin’, manakala tujuh orang berjaya ditangkap semula.

264 orang banduan berjaya larikan diri selepas penjara ditenggelami banjir

Umar menyatakan bahawa perkhidmatan itu telah mengenal pasti identiti banduan-banduan tersebut termasuk data biometrik mereka dan telah menyediakan maklumat itu kepada orang ramai.

Usaha memburu kesemua banduan itu sedang dijalankan, katanya.

Banjir yang berlarutan selama berminggu-minggu di seluruh Nigeria telah menyebabkan 229 kematian dengan lebih 386,000 orang kehilangan tempat tinggal, menurut data terkini agensi pengurusan bencana negara (NEMA) seperti yang dilaporkan oleh saluran berita CNN.

Utara Nigeria adalah kawasan yang paling terjejas akibat banjir kali ini. Negeri Borno terletak di timur laut negara itu.

Bulan lalu, Agensi Perkhidmatan Hidrologi Nigeria (NIHSA) turut memberi amaran tentang peningkatan paras air Sungai Niger, salah satu sungai terbesar di Nigeria, dan menggesa negeri-negeri supaya berwaspada.

Kejadian hujan yang melampau dijangka akan meningkat dalam kekerapan dan intensiti di hampir seluruh Benua Afrika termasuk Nigeria.

Keadaan ini antara lainnya disebabkan oleh perubahan iklim akibat aktiviti manusia, menurut Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim.

Pada Rabu lepas, air banjir yang melimpah dari empangan di utara Nigeria telah menenggelamkan sebuah zoo dan menghanyutkan haiwan termasuk buaya dan ular ke dalam komuniti berdekatan.

Baca Lagi:
“Nasib aku kahwin dengan suami orang, setiap bulan aku kena sediakan nafkah duit untuk isteri pertama”
Ramai yang tak tahu, anak jati Kampung Baru bina hotel mewah di tengah bandar Kuala Lumpur
Senarai terkini bangunan tertinggi di dunia sehingga tahun 2024