21 pelajar sekolah dan 10 guru cedera disengat tebuan tanah

21 pelajar sekolah dan 10 guru cedera disengat tebuan tanah

21 pelajar sekolah dan 10 guru cedera disengat tebuan tanah. Seramai 21 pelajar sebuah sekolah menengah dan 10 guru pengiring cedera akibat disengat tebuan tanah ketika melakukan aktiviti mendaki di sebuah pusat peranginan di Sungai Lepoh, Hulu Langat di sini hari ini.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) berkata dalam kejadian pada 1.50 tengah hari itu, enam pelajar dikejarkan ke Hospital Ampang sementara 25 lagi termasuk 10 guru pengiring dihantar ke Klinik Kesihatan Batu 14 Hulu Langat bagi mendapat rawatan susulan.

“Enam pelajar yang dikejarkan ke Hospital Ampang ditempatkan di zon merah dan zon kuning. Keadaan mereka dilaporkan stabil, semua yang terlibat terlebih dahulu menerima rawatan awal di lokasi kejadian daripada anggota paramedik APM, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

21 pelajar sekolah dan 10 guru cedera disengat tebuan tanah

Menurut jurucakap berkenaan, sebanyak 133 pelajar dan 10 guru pengiring daripada sebuah sekolah menengah di Shah Alam berada di rumah peranginan berkenaan bagi program kem kepimpinan sejak semalam dan dijadualkan tamat esok.

Baca Lagi:
Rider pasrah balik rumah tenung sebiji kek yang pelanggan ‘reject’, duit habis kena bayar ‘refund’
Ramai sebak lihat reaksi suami jadi wakil ambil ijazah isteri yang meninggal dunia ketika lahirkan anak
Mondy Tattoo dedah perangai sebenar Ebit Lew hingga menangis dalam pelukan isteri Caprice
CATEGORIES