20 tahun setia kerja tebar roti canai di Malaysia, ane sebak bila nak tinggalkan Malaysia terpaksa pulang ke India

20 tahun setia kerja tebar roti canai di Malaysia, ane sebak bila nak tinggalkan Malaysia terpaksa pulang ke India

20 tahun setia kerja tebar roti canai di Malaysia, ane sebak bila nak tinggalkan Malaysia terpaksa pulang ke India. Menurut laman web rasmi USM, kehadiran dan senyuman manis ‘Ane Basha’, 51, yang berasal dari India bakal dirindui oleh warga USM apabila dirinya membuat keputusan untuk pulang ke kampung halaman di Asia Selatan.

Dalam tempoh lebih dua dekad itu, beliau banyak terlibat dalam pelbagai aktiviti penyediaan makanan seperti roti canai dan turut mempunyai kepakaran dalam menyediakan menu-menu lain yang menjadi kegemaran warga USM.

Bukan itu sahaja, beliau juga berupaya untuk menebar roti sehingga mencecah 800 keping dalam masa sehari.

Selepas sekian lama menabur bakti di universiti tersebut, kini ‘Ane Basha’ merasakan sudah tiba masanya untuk kembali ke pangkuan keluarganya.

20 tahun setia kerja tebar roti canai di Malaysia, ane sebak bila nak tinggalkan Malaysia terpaksa pulang ke India

Ane Basha berkata bahawa keputusan pulang ke kampung halaman ini agak berat untuk diambil, namun beliau terpaksa akur atas beberapa kekangan dari segi usia dan tempohnya menetap di Malaysia yang boleh dikatakan sudah terlalu lama.

“Saya sebak hendak meninggalkan Malaysia, apatah lagi USM. Saya suka segala-galanya yang ada di sini. Warga USM semuanya sangat baik dan saya senang bekerja di sini,” ujarnya

Walaupun sudah menetap lama di Malaysia, beliau tidak pernah melancong di negara ini

Satu fakta menarik, sungguhpun beliau sudah mengahbiskan masa lebih 20 tahun bekerja di Pulau Pinang, lelaki ini tidak sama sekali pergi melancong ke negeri lain.

Malah, beliau juga tidak pernah berkunjung ke pantai, walaupun Pulau Pinang merupakan negeri yang kaya dengan pantai-pantai yang cantik. Baginya, niat asal untuk datang ke negara ini adalah untuk mencari rezeki.

“Saya jarang-jarang ambil cuti. Kadang-kadang kalau hari cuti pun saya akan ke restoran untuk bantu kawan-kawan bekerja.

Difahamkan, Ane Basha pernah menjadi pembantu di salah sebuah cawangan Restoran Subaidah di Seberang Jaya semasa penutupan sementara Restoran Subaidah USM ketikan pandemik COVID-19.

Ketika pihak USM bertanya kenangan manisnya di universiti tersebut, Basha menjawab bahawa dirinya amat menyukai keramahan yang ditampilkan oleh warga USM.

Kehadiran mereka yang agak kerap juga menjadi faktor Basha mengenali diri pelanggan tetap dengan baik, sehingga mengetahui juadah kegemaran mereka untuk setiap pagi.

“Ada suka roti nipis, tebal, garing, banjir dan sebagainya. Semua saya tahu kerana saya staf yang paling lama bekerja di sini. Sudah pastinya suasana di sini akan meninggalkan kesan pada saya,”

Basha mula menjejakkan kaki ke bumi Malaysia pada 2001 dan beliau mempunyai visi dan misinya tersendiri apabila pulang ke kampung halamannya iaitu rancangan untuk membuka kedai makan seperti di sini.

“Walaupun saya sedih meninggalkan USM, namun terselit juga kelegaan kerana akan kembali bersama keluarga tercinta yang saya tinggalkan. Saya dan isteri bersama dua orang anak akan meneruskan hasrat kami untuk membuka restoran,”

Basha turut menambah, beliau hanya tiga kali pulang ke India sepanjang berkerja di Malaysia, di samping turut bersedih kerana tidak berpeluang untuk menziarahi ibunya yang sudah tiada disebabkan wabak COVID-19 pada tahun lalu.

Baca Lagi:
KKM sahkan produk Sos Pasta Carbonara Prego ditarik balik daripada pasaran, ini sebabnya
Remaja perempuan 15 tahun maut tertimbus dalam perigi selepas disuruh bapa betulkan gelung
Abang Foodpanda cuak terima order tengah malam area kubur, sekali ini yang jadi
CATEGORIES