20 senarai kata laluan yang ramai rakyat Malaysia guna, ia boleh digodam sepantas 1 saat. Memiliki kata laluan yang kuat boleh menjamin keselamatan akaun digital anda seperti e-mel, media sosial dan seumpamanya. Namun, masih ramai yang tidak cakna dengan perkara ini sekaligus terdedah kepada ancaman digodam.
Terbaharu, peneraju dalam pasaran global produk keselamatan siber, NordPass iaitu Nord Security mendedahkan senarai kata laluan yang paling banyak digunakan di Malaysia.
Agak mengejutkan juga apabila kata laluan yang ternyata tidak selamat dan berulang-kali ditegaskan bahawa ia mudah digodam, pengguna di seluruh dunia termasuk Malaysia masih berdegil menggunakan kata laluan tersebut.
Berikut adalah senarai 20 kata laluan yang paling banyak digunakan pengguna di Malaysia serta masa yang diperlukan untuk digodam menurut NordPass:-
Melalui kajian yang dijalankan oleh NordPass, mereka mendapati bahawa pencipta kandungan menerusi platform penstriman adalah pembenci kata laluan yang kuat.
Malah, mereka juga mendedahkan bahawa 18% barangan yang paling biasa dijual di dark web adalah maklumat akaun atas talian, e-mel dan kata laluan. Lebih mengerikan apabila 86% serangan aplikasi web turut menggunakan maklumat sensitif yang dicuri.
Penggunaan kata laluan ‘123456’ juga masih kekal popular sekaligus dilabel sebagai kata laluan terburuk dunia. Penyelidik NordPass mengatakan, walaupun kata laluan semakin sukar untuk ditembusi dek kerana teknologi yang berkembang pesat, serangan perisian hasad masih dilihat sebagai ancaman yang ketara untuk keselamatan akaun.
Susulan itu, NordPass mengesyorkan penggunaan sekurang-kurangnya 20 aksara panjangnya dengan gabungan huruf besar dan kecil serta nombor dan simbol khas. Dalam pada itu, elakkan juga menggunakan maklumat yang mudah diteka seperti nama, tarikh lahir, nama binatang dan perkataan biasa digunakan.
Pengguna juga disyor menggunakan kata laluan yang berbeza bagi setiap perkhidmatan atas talian. Hal ini kerana dapat meminimumkan akses kepada akaun jika digodam penjenayah siber.