2 remaja kantoi berdua-duaan dalam tandas, sekali alasannya buat ramai tak sangka. Tular baru-baru ini apabila sepasang remaja lelaki dan perempuan kantoi berdua-duaan di dalam bilik air di sebuah pusat membeli-belah.
Menerusi perkongsian video yang viral, seorang pengguna tandas dipercayai memaklumkan perkara tersebut kepada pengawal keselamatan untuk pemeriksaan segera di dalam bilik air itu.
Bayang dua remaja kelihatan
Bagaimanapun, jelas kelihatan bayang dua remaja terbabit, namun mereka hanya mendiamkan diri apabila pintu diketuk dari luar.
Menurut laporan, kedua-dua pelajar tersebut masih lengkap beruniform sekolah masing-masing semasa kejadian berlaku.
Kemudian, mereka akhirnya mengalah dan keluar dari tandas tersebut. Sumber mengatakan bahawa si perakam kemudian menyerahkan tindakan selanjutnya kepada pihak pengawal keselamatan.
Adakah hanya salah faham?
Menerusi pendedahan tersebut dari orang tengah mengatakan bahawa kejadian itu hanya salah faham sahaja. Perkara sebenar yang berlaku adalah pelajar lelaki itu sedang menunggu di luar, namun lelaki itu tiba-tiba terdengar perempuan itu menangis di kawasan singki.
Susulan itu, lelaki tersebut memasuki tandas untuk melihat apa yang terjadi, perempuan itu malah menjerit dan berlari masuk ke dalam tandas berkenaan.
Disebabkan panik, lelaki itu ikut masuk di tandas tersebut setelah ada wanita lain mahu masuk ke situ. Maka, mereka bercadang untuk mengurungkan diri bersama dan akan segera keluar apabila tandas kembali kosong.
Oleh kerana kejadian tersebut, perbuatan berdua-duaan mereka itu menyebabkan kecurigaan orang lain.
Dalam pada itu, ada berita yang melaporkan, mereka didakwa berasmaradana di dalam tandas berkenaan.
@toserbaplmmiriss sepasang muda mudi ketahuan oleh netizen sedang berduaan di dalam toilet sebuah mall akhirnya diamankan pihak keamanan mall Tersebut.♬ suara asli – tiktok affiliate
Baca Lagi: