2 pelancong wanita bukan Islam berpakaian seksi tersilap masuk Masjid Nabawi, akhirnya ini yang berlaku

2 pelancong wanita bukan Islam berpakaian seksi tersilap masuk Masjid Nabawi, akhirnya ini yang berlaku

2 pelancong wanita bukan Islam berpakaian seksi tersilap masuk Masjid Nabawi, akhirnya ini yang berlaku. Agensi Hal Ehwal Masjid Nabawi di Madinah menyatakan bahawa kemasukan dua wanita bukan Islam di pekarangan tempat suci berkenaan dan memakai pakaian yang tidak sesuai berlaku secara tidak sengaja, lapor portal berita Saudi Gazette semalam.

Penjelasan agensi itu dibuat sebagai tindak balas kepada apa yang tersebar di media sosial mengenai kejadian yang berlaku pada Selasa lalu.

“Wanita-wanita tersebut diberitahu tentang keistimewaan dan kesucian Masjid Nabawi. Mereka menyatakan terima kasih dan penghargaan atas layanan baik yang telah diterima,” kata agensi itu dalam satu kenyataan.

2 pelancong wanita bukan Islam berpakaian seksi tersilap masuk Masjid Nabawi, akhirnya ini yang berlaku

Agensi tersebut juga menekankan keperluan untuk meningkatkan lagi cara dan prosedur kesedaran dan bimbingan, memberi tumpuan kepada kesucian serta keistimewaan tempat suci berkenaan untuk mengelakkan kejadian seperti itu berulang pada masa hadapan.

Dalam pada itu, menurut portal berita ALBawaba, satu klip video menunjukkan kehadiran dua pelancong wanita di pekarangan Masjid Al-Nabawi tanpa memakai abaya atau tudung sekali gus menimbulkan kemarahan pengguna laman sosial di Arab Saudi.

Video itu menunjukkan dua pelancong wanita tersebut telah dihalang oleh seorang anggota keselamatan yang mula bercakap dengan mereka kerana pakaian yang dipakai mereka itu melanggar peraturan.

Baca Lagi:
Berita baik buat golongan B40
Jamal Abdillah bagi peluang kepada peminat pilih nama sesuai untuk anak keempatnya
Penghulu minta gambar bogel isteri, suami mahu lapor polis
CATEGORIES