2 pelajar maut, 10 cedera parah kena libas dengan wanita mangamuk di sekolah. DUA maut manakala 10 lagi kanak-kanak dipercayai cedera selepas seorang wanita mengamuk di sebuah sekolah dengan menggunakan pisau pemotong buah.
Menurut laporan media antarabangsa, kejadian itu berlaku di Sekolah Rendah Mingde yang terletak di Daerah Wenfang, China pada pukul 12 tengah hari Isnin.
Suspek yang dikenali sebagai Pan Moumou, 45 tahun, telah berjaya ditahan oleh polis dengan bantuan orang awam.
Dua daripada pelajar tersebut dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pelajar-pelajar lain sedang menerima rawatan di hospital berdekatan.
Setakat berita ini ditulis, motif sebenar tindakan wanita itu masih belum diketahui.
Video kejadian juga telah tular di media sosial dan menjadi bualan warga maya di seluruh dunia pada masa ini.
Dalam beberapa video yang dikongsikan, beberapa petugas keselamatan dilihat cuba membantu membawa keluar murid-murid yang berlumuran darah.
May 20: a knife attack at a primary school in Guixi (贵溪), Jiangxi province; multiple school girls suffered stab / slash / chop wounds and lay unconscious on the ground…
The attacker has been nabbed… pic.twitter.com/DGMcMpTsZT
— Byron Wan (@Byron_Wan) May 20, 2024