2 maut keracunan makanan yang disediakan program sekolah

Photo of author

By Joe

2 maut keracunan makanan yang disediakan program sekolah. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, mengumumkan bahawa pihaknya telah menerima laporan mengenai kematian seorang budak perempuan berusia dua tahun dan seorang remaja berusia 17 tahun yang didakwa mati akibat keracunan makanan yang disediakan di sebuah sekolah.

Laporan tersebut telah dibuat oleh keluarga kedua-dua mangsa, seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian.

“Mangsa pertama, berusia 17 tahun, memakan makanan yang dibawa pulang oleh ibunya daripada satu program di sebuah sekolah di sini. Mangsa, ibu, dan bapanya mengalami cirit birit selepas memakan makanan itu kelmarin.

2 maut keracunan makanan yang disediakan program sekolah

“Pada jam 1.30 petang semalam, mangsa mula tidak sedarkan diri, lalu bapanya menghubungi talian kecemasan MERS 999 dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan mangsa mengalami demam, muntah-muntah, dan cirit birit lalu dibawa ke Hospital Selayang oleh ibunya.

Kemudian mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital. Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Selayang bagi tindakan lanjut.

Setakat ini, diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang wanita membawa pulang mihun dan telur mata selepas menghadiri satu program di sebuah sekolah agama di Sungai Cincin.

Menurut si ayah, dia serta isteri dan anak lelaki mereka makan telur mata tersebut. Sementara dua anak perempuan hanya makan mihun sahaja.

“Arwah makan paling banyak iaitu tiga biji telur mata dan tidak lama selepas itu mereka tiga beranak mula mengalami sakit perut.

“Saya ke klinik dan menyangka anak lelaki tidak apa-apa namun sebaik pulang tengah hari tadi, saya terkejut kerana anak sudah meninggal dunia di rumah,” kata si ayah kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, beliau mengesahkan menerima laporan berhubung kes keracunan makanan itu.

Menurutnya, sekolah rendah agama di Sungai Cincin terbabit menganjurkan program Amal Islami sebagai tuan rumah.

Baca Lagi:
Selepas teruk kena kecam dengan netizen, Terengganu FC sedia batal tajaan RM1.5 juta daripada XFOX
Satu keluarga Buddha peluk Islam selepas bermimpi bertemu ulama terkenal
“Nasib menantu dari Kohona, mak mentua ingat aku isteri kedua suami aku”