2 lelaki maut motosikal bertembung nak elak asap penduduk bakar sampah

Photo of author

By Joe

2 lelaki maut motosikal bertembung nak elak asap penduduk bakar sampah. Gara-gara mengelak dari asap tebal pembakaran sampah di tepi jalan, dua lelaki maut apabila motosikal yang mereka tunggang bertembung di Jalan Pendek Kampung Kota, Kota Bharu, Kelantan, pada petang Ahad.

Memetik laporan media, kedua-dua mangsa dikenali sebagai Muhammad Shafiq Mat Dam, 28 tahun, dan Ismail Awang, 79 tahun. Mereka meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Menurut saksi, kejadian berlaku ketika Ismail sedang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli roti di sebuah kedai di kampung itu.

2 lelaki maut motosikal bertembung nak elak asap penduduk bakar sampah

Menurutnya, motosikal yang ditunggang oleh warga emas itu kemudiannya dilihat bertembung dengan motosikal Muhammad Shafiq yang datang dari arah bertentangan.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kelihatan salah seorang daripada mangsa cuba mengelak daripada asap tebal akibat pembakaran sampah yang dilakukan oleh penduduk di tepi jalan tersebut.

“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” kata Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud.

Dalam pada itu, beliau meminta saksi kejadian hadir di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk membantu siasatan.

Tambahnya, pihak polis juga menggesa orang ramai agar berhati-hati semasa memandu di jalan raya dan mematuhi undang-undang serta isyarat lalu lintas yang berkuat kuasa di Malaysia.

Baca Lagi:
“Sejak kahwin tak pernah balik kampung sebab setiap tahun beranak”, Wanita umur 36 tahun ada anak 11 orang raih perhatian ramai
24 ekor buaya sesat masuk kawasan perumahan gara-gara limpahan air sungai
Orang awam yang hilang barang di Florida Putrajaya boleh buat tuntutan mulai hari ini hingga 8 September