2 gadis melancong ke Korea nak cuba makanan popular bernama Dakbal, lepas habis makan terkejut bekas sebelah ada kepala babi. Dengan perkembangan pesat industri hiburan Korea Selatan ke serata dunia baik dari segi KPOP ataupun kdrama, saban tahun ramai yang menjadikan negara ini sebagai lokasi impian untuk bercuti. Bukan sahaja penerokaan budaya, salah satu benda yang mahu dicuba sudah semestinya makanan mereka yang selama ini banyak dipromosikan menerusi drama atau variety show.
2 gadis melancong ke Korea, cuba makanan popular bernama Dakbal
Pun begitu, pencarian makanan halal di sana bukanlah sesuatu benda yang mudah. 2 gadis yang merupakan sahabat baik ini juga berkesempatan melancong ke negara indah tersebut. Akui proses mencari makanan halal itu agak sukar, akhirnya mereka menemukan sebuah gerai kecil dalam sebuah kawasan pasar makanan besar.
Rupanya di Korea, menu Dakbal adalah makanan hits
Selain air, mereka turut memesan menu Kaki Ayam Pedas Manis yang juga dikenali sebagai Dakbal di kalangan rakyat Korea. Jelas Putri Andani, Dakbal adalah salah satu makanan popular di sana dan mereka memuji keenakan makanan tersebut setelah merasainya sendiri.
Dah habis makan baru sedar kalau kaki ayam tu sebelahnya ada usus khinzir
Pun begitu, dari awal mereka tidak sedar sebenarnya gerai terbabit turut menjual makanan berasaskan usus dan juga kepala khinzir. Lebih mengejutkan, makanan yang tidak boleh dimakan oleh orang Islam itu rupanya berada betul-betul di sebelah bekas kaki ayam tadi. Namun mereka tidak menyalahkan Ahjumma penjual itu kerana ia cuma disedari selepas habis makan.
@sisangpoetri Serba serbi koriyaaa #fypシ #korea ♬ original sound – ⚡️Jhaedonjames⚡️