17 perkara yang kita boleh belajar dari PM Anwar dalam aktiviti kehidupan harian

Photo of author

By Joe

17 perkara yang kita boleh belajar dari PM Anwar dalam aktiviti kehidupan harian.

Sama ada awak penahan diri atau pembenci PMX, ini 17 perkara yang kita boleh belajar dari PMX dalam aktiviti kehidupan harian.

1. Anwar suka bergurau dan menyakat kanak-kanak. Jika berpeluang semasa bersalaman, dia akan memegang tangan kanak-kanak dalam dukungan ibu bapa. Setiap kali ada majlis, dia tidak akan lepaskan peluang untuk mengusap kepala anak-anak yatim. Tak kisahlah kalau ada pembenci kata ini semua lakonan. Hakikatnya, mengusap kepala anak yatim adalah cara untuk melembutkan hati yang keras, sebagaimana disebut oleh Rasulullah SAW dalam hadis sahih.

2. Anwar akan hulur tangan terlebih dahulu untuk bersalam. Dalam satu video yang viral, beliau melencong dari laluan karpet, pergi ke belakang/tepi dewan untuk menyapa semua pemandu dan pegawai pengiring. Dari atas pentas, beliau akan turun untuk terlebih dahulu menyapa orang ramai dan bersalaman. Anwar sanggup turun dari pentas untuk bersalam dengan mufti.

17 perkara yang kita boleh belajar dari PM Anwar dalam aktiviti kehidupan harian

3. Anwar akan memegang bahu orang apabila bersalaman dan kadang-kadang akan memegang tangan sehingga ke siku. Sesiapa yang pernah ada pengalaman ini, akan terasa betapa akrab dan mengalirnya rasa ukhwah antara dua pihak (personalization).

4. Anwar suka memuji secara khusus dan terbuka bagi menaikkan self esteem rakyat Malaysia. Bila depan penjawat awam, Anwar secara terbuka berbangga dengan prestasi dan khidmat penjawat awam. Bila dalam majlis anak muda, dia akan puji kegigihan dan kreativiti orang muda. Bila dalam majlis bernama wanita, dia memuji-muji sumbangan wanita dalam negara. Dia tidak sekali-kali menuduh orang Melayu malas sebab dia tahu itu semua propaganda penjajah.

5. Jika orang beri hadiah di booth jualan atau pameran, Anwar akan menerimanya untuk menjaga hati pemberi hadiah, tapi beliau akan mengaggap barang itu dibeli/dibayar supaya tidak terhutang budi. Setpol beliau akan cepat-cepat selit duit dalam tangan atau poket si pemberi hadiah sambil menyebut “Dato’ Seri beli barang ni”. Ini sudah tentulah atas arahan Anwar sendiri.

6. Dalam sela masa program rasmi, Anwar akan ambil kesempatan untuk ziarah rakan-rakan lamanya semasa zaman sekolah. Kita akan dapat tengok gesture Anwar semasa ziarah adalah sebagai sahabat lama, bukan sebagai PM.

7. Anwar langsung tak kelihatan berkecil hati kalau orang ramai menjerit panggil dari jauh, tarik tangan untuk bersalam, tepuk dan sentuh badan dia, atau tak panggil dengan gelaran-gelaran istana. Pernah ada sorang budak datang dan kata, “Anwar, nak ambik gambar”. Selamba dia panggil nama je padahal beza umur 70 tahun. Hakikatnya benda-benda ini tak manis dalam adat Melayu. Tapi seorang pemimpin kena sedar bahawa tak semestinya semua orang faham pasal manner/adab. Biasanya Anwar tak akan ambil hati dan jadikan semua ini sebagai bahan senda gurau.

8. Apabila tiba di masjid untuk solat, Anwar akan berdiri di atas separuh sejarah, bukan di tengah-tengah sejadah mengikut protokol. Dia mahu saf antara rakyat biasa dan orang kenamaan dirapatkan tanpa mengira kedudukan sejadah.

9. Anwar pandai memulakan humor. Apabila dia menyapa pemimpin atau pihak lain, pasti diakhiri dengan gelak ketawa. Contohnya bila turun dari flight dan menyapa pemimpin negeri. Pendekatan beliau ini telah memecahkan tembok protokol. Kemahiran Anwar dalam bergurau senda ialah dengan cara segitiga perbualan. Anwar akan mengadu tentang orang B kepada orang C untuk mencetuskan reaksi lebih dari 1 pihak, dan biasanya akan diakhiri dengan gelak ketawa.

10. Anwar bijak mengalih hubungan rasmi dan berprotokol kepada semangat kekeluargaan, terutamanya dengan MB/KM/Premier negeri. Bukan itu saja, dia membawa semangat kekeluargaan dan bangsa serumpun antara negara-negara Asean apabila berdiplomasi dengan Jokowi, Lee Hsien, Marcos Jr, Hun Sen dan Prayut.

11. Cara Anwar close gap dengan semua pihak termasuk wartawan, penjawat awam dan rakyat adalah dengan menggunakan kata ganti “sudara” dan “rakan-rakan”.

12. Anwar berjalan laju sehingga orang lain terpaksa berkejaran untuk mengiringinya. Orang yang jalan berlenggang akan kelihatan membuang masa dan tiada tenaga. Ini adalah salah satu sunnah Rasulullah SAW iaitu berjalan laju seperti “bumi dilipat untuknya”, dan Baginda akan melangkah kakinya dengan kuat dan dadanya condong ke depan, seolah-olah sedang turun dari tanah curam.

13. Orang kata trademark Anwar ialah panjat pintu kereta sambil melambai. Ia sebenarnya gesture selamat tinggal yang meninggalkan kesan mendalam dan kenangan peribadi oleh sesiapa saja yang berada di tempat kejadian.

14. Anwar tidak akan meninggalkan pemimpin-pemimpin negeri di belakang. Pernah sekali masa MB Ahmad Yakob tertinggal di belakang, Anwar berhenti berjalan, berpaling ke belakang dan memanggil MB. Seolah-olah beliau sangat peka dan sensitif dengan sekeliling. Sekurang-kurangnya dia akan berjalan seiringan dengan MB/KM/Premier walaupun terpaksa berjalan di tepi karpet merah.

15. Tiap kali kereta PM sampai ke destinasi, pegawai dan bodyguard mesti terkejar-kejar sebab Anwar akan buka sendiri pintu kereta. Kita faham tujuannya kenapa bodyguard yang akan bukakan pintu VVIP iaitu untuk safety clearance. Tapi seorang pemimpin yang tawaduk tidak akan suka ditolong-tolong atau ditatang oleh orang bawahan.

16. Pernah sekali sebaik Anwar tiba dalam satu majlis, dan hadirin berdiri untuk bagi penghormatan. Anwar kata duduk-duduk.

17. Anwar akan bercakap mengikut laras bahasa audience. Dalam forum antarabangsa, bahasa Inggeris beliau adalah top notch. Dalam majlis ilmu, laras bahasa Melayunya sangat tinggi. Tapi dalam majlis ilmu bersama rakyat, bahasanya membumi. Satu perkara yang konsisten adalah kualiti berbahasanya sentiasa pada aras tinggi.

Banyak lagi sebenarnya yang kita boleh belajar. Banyak juga yang kita boleh mengutuk, jika kita memilih untuk mengutuk.
Cuma jika sesebuah negara direzekikan dengan sebaik-baik pemimpin, adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk menjadi sebaik-baik rakyat. Kecuali awak seorang walaunta.

Baca Lagi:
Gorila Bua Noi paling sepi di dunia, dikurung dalam pusat beli-belah selama 3 dekad
Warganet tanya, boleh ke rakyat biasa kahwin dengan anak raja?, tak sangka ini respon Permaisuri Agong
Macam dalam tv, pencuri pecahkan dinding tandas kedai curi 436 buah IPhone bernilai RM2.2 juta