16 pengunjung Taman Tema dilapor cedera, gelongsor air pecah tiba-tiba

16 pengunjung Taman Tema dilapor cedera, gelongsor air pecah tiba-tiba

16 pengunjung Taman Tema dilapor cedera, gelongsor air pecah tiba-tiba.

Seramai 16 orang pengunjung dilapor cedera dalam kejadian runtuhan gelongsor air di Taman Tema Kenjeran (Kenpark) Surabaya, Jawa Timur, semalam.

Memetik laporan Kompas.com, Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Surabaya mengesahkan bahawa terdapat 16 mangsa yang kebanyakannya kanak-kanak telah terlibat dalam tragedi ngeri itu.

16 pengunjung Taman Tema dilapor cedera, gelongsor air pecah tiba-tiba

Ketua BPBD Surabaya, Ridwan Mubarun berkata, kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 1.30 petang waktu tempatan.

“Betul, kejadian itu berlaku pada hari ini (semalam), lebih kurang jam 1.30 petang dan lokasinya di Jalan Kenjeran (Waterpark Kenjeran Baru),” katanya.

Menurutnya, kejadian bermula apabila pengunjung menggunakan gelongsor di taman tema tersebut.

“Maklumat dari pengawal keselamatan mendapati bahawa kejadian berlaku apabila beberapa sambungan gelongsor tiba-tiba pecah dan runtuh ketika pengunjung berada di atas permainan tersebut,” kata Ridwan.

Akibatnya, puluhan pengunjung dilaporkan telah terjatuh dari gelongsor berketinggian 10 meter itu.

“Kami mengesyaki punca sambungan gelongsor itu pecah disebabkan oleh suhu cuaca yang semakin meningkat,” katanya.

Difahamkan, kesemua mangsa telah dirawat dalam kadar segera oleh pasukan perubatan di Hospital Soewandhie dan Hospital Soetomo.

“Lapan orang mangsa berada di Hospital Soewandi dan lapan orang lagi di Hospital Soetomo,” ujar Ridwan lagi.

Sementara itu, video ketika kejadian telah tular di media sosial sejak semalam yang jelas memperlihatkan detik-detik ketika kesemua mangsa terjatuh dari gelongsor tersebut.

Baca Lagi:

Aksi peniaga selamba jawab ‘call’ ketika ditemubual wartawan cuit perhatian ramai

Wanita Rusia dikecam teruk selepas ‘selamba’ berbogel ambil gambar depan pokok ‘suci’ di Kuil

Pakwe datang nak bincang masa depan, tapi lain pula yang jadi..Kecoh satu rumah

CATEGORIES