15 VIP cedera gara-gara lembu jantan naik minyak rempuh pagar

15 VIP cedera gara-gara lembu jantan naik minyak rempuh pagar

15 VIP cedera gara-gara lembu jantan naik minyak rempuh pagar. Seekor lembu jantan naik minyak telah merempuh pagar keselamatan di tempat duduk barisan kehormat (VIP) sebuah gelanggang laga lembu di Tripetio, Mexico, lapor akhbar Daily Star, kelmarin.

Rempuhan ganas itu telah mengakibatkan 15 VIP cedera yang ketika itu berada dalam kotak penonton.

059b4d19 a7ea 4074 9639 03388652a63e

Menurut laman berita Infobae, haiwan seberat 605 kilogram itu menghampiri pagar keselamatan logam di sekeliling arena dan merempuhnya untuk masuk ke kawasan penonton.

Laporan polis memaklumkan bahawa lembu jantan itu akhirnya berjaya ditangkap dan diikat oleh beberapa beberapa petugas sebelum dibawa masuk semula ke dalam gelanggang.

15 mangsa yang tercedera akibat rempuhan itu hanya mengalami luka ringan.

dd0766f1 9a1f 4458 b011 2f1da8e376b1

Beberapa orang penonton terpaksa dirawat oleh paramedik yang tiba di lokasi kejadian ekoran pihak pengurusan arena tidak menyediakan ambulans atau petugas kecemasan terlatih di acara itu.

Selepas imej insiden itu dikongsi secara meluas di media sosial, ramai orang menggelarnya  sebagai penderaan haiwan.

 

Baca lagi:

Tayangan ‘The Batman’ terpaksa diulang semula gara-gara VIP lambat masuk pawagam

4 fakta dan maksud sebenar kedai serbaneka 7-Eleven yang ramai tak tahu

[VIDEO] Anwar kena tegur oleh pegawai KKM kerana tanggalkan pelitup muka ketika berkempen

 

CATEGORIES