15 rakyat Malaysia cedera di Muzdalifah, bas terbabas

15 rakyat Malaysia cedera di Muzdalifah, bas terbabas

15 rakyat Malaysia cedera di Muzdalifah, bas terbabas.

Seramai 15 rakyat Malaysia cedera dalam kemalangan di Muzdalifah, Arab Saudi, semalam selepas bas yang dinaiki terbabas.

Perkara itu disahkan Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan hari ini yang memaklumkan kesemua rakyat Malaysia yang cedera adalah pekerja sebuah syarikat pembinaan.

15 rakyat Malaysia cedera di Muzdalifah, bas terbabas

“Mereka merupakan pekerja disebuah syarikat pembinaan yang terlibat dengan projek landasan dan perkhidmatan kereta api di Makkah.

“Susulan insiden itu mereka dibawa ke Hospital An Nur dan Hospital King Faisal di Makkah bagi mendapatkan rawatan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga memaklumkan dua daripada mangsa mengalami kecederaan serius patah tulang di bahagian bahu dan tengkuk, manakala selebihnya menerima rawatan sebagai pesakit luar dan telah dibenarkan pulang setelah menerima rawatan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak berkuasa Arab Saudi berhubung insiden kemalangan terbabit

“Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah akan terus memantau perkembangan insiden ini serta menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya.

“Kementerian Luar Negeri mendoakan agar kesemua mangsa kembali pulih dengan seberapa segera,” katanya.

Baca Lagi:

‘Ubat pengasih’ dijangka berada dalam pasaran tiga hingga lima tahun lagi

TERKINI : Kerajaan setuju mansuh hukuman mati mandatori

[VIDEO] Cara nak dapatkan towing secara percuma jika kereta anda rosak di tepi jalan

CATEGORIES