12 pekerja Kieda Crepe kantoi buat group WhatsApp kutuk bos, 5 orang dipecat kerja

Photo of author

By Joe

12 pekerja Kieda Crepe kantoi buat group WhatsApp kutuk bos, 5 orang dipecat kerja. Usahawan Keida Crepe, hari ini tampil membuat laporan polis terhadap beberapa pekerjanya yang didakwa mewujudkan kumpulan sembang dalam aplikasi WhatsApp semata-mata untuk bercakap buruk mengenainya.

Dalam kenyataan yang dikongsikan melalui Instagramnya hari ini, Kieda menjelaskan perkara itu didalangi oleh dua pekerjanya sebelum mengajak beberapa lagi pekerja lain untuk turut serta dalam kumpulan sembang itu.

12 pekerja Kieda Crepe kantoi buat group WhatsApp kutuk bos, 5 orang dipecat kerja

“Terima kasih kepada manusia yang pernah saya layan sebagai keluarga, tetapi dikhianati macam musuh kalian.
“Apa salah saya? Kenapa khianati saya? Tak sangka benda ini saya kena hadap walaupun sudah berkali-kali pesan.
“Terima kasih Allah, kecewa saya hari ini biarlah masa mengubati. Maafkan saya tak boleh jadi ketua yang bagi kamu semua senang.

12 pekerja Kieda Crepe kantoi buat group WhatsApp kutuk bos, 5 orang dipecat kerja

Salah seorang pekerjanya kemudian tampil memohon maaf dan menjelaskan bahawa dia sebenarnya sudah meninggalkan kumpulan sembang itu. Namun, telah dijemput masuk semula ke dalam kumpulan tersebut.

12 pekerja Kieda Crepe kantoi buat group WhatsApp kutuk bos, 5 orang dipecat kerja

“Benda ini sebenarnya berlaku disebabkan satu atau dua individu yang mewujudkan kumpulan sembang ini dan menjadi isu besar sampai kawan-kawan takut nak hilang kawan. Mereka sanggup duduk dalam satu group biarpun tahu benda itu salah, tetapi masih buat.
“Daripada 12 orang pekerja, lima orang saja yang saya kena bincang dengan pejabat buruh macam mana saya nak buat. Yang lain masih bekerja dengan saya dan diberi surat amaran,” katanya.
@hqkiedacrepepenang Jangan terlalu banyak berkorban untuk orang lain. Kerana ada manusia yg tidak tahu berterimakasih. Peluk diri sendiri🫂 #kiedacrepe ♬ Relaxing Japanese-style piano song inviting nostalgia – Akiko Akiyama

 

Baca Lagi:
Kisah seorang lelaki meraih perhatian netizen, lepas solat Subuh dapat RM200 dari jemaah lain
6 perkara pelik yang pernah berlaku sehingga pesawat terpaksa mendarat, no 2 paling gila boleh buat ramai lemas
Bibik tudung kena rasuk hantu Thailand, nama Datuk Aliff Syukri disebut dalam bahasa Thailand