12 mangsa terbunuh, 100 parah dalam insiden rempuhan dalam stadium

12 mangsa terbunuh, 100 parah dalam insiden rempuhan dalam stadium

12 mangsa terbunuh, 100 parah dalam insiden rempuhan dalam stadium. Sekurang-kurangnya 12 orang dilaporkan terkorban dalam insiden rempuhan di Stadium Cuscatlan di ibu negara Amerika Tengah itu ketika melibatkan perlawanan bola sepak tempatan semalam, lapor AFP .

Menurut Pengarah Polis Awam Negara (PNC) Mauricio Arriaza, laporan awal mendapati sekumpulan penyokong cuba memasuki stadium berkenaan sewaktu perlawanan antara pasukan Alianza dan FAS.

Difahamkan, kejadian dipercayai berlaku selepas pintu stadium berkenaan roboh yang menyebabkan orang ramai berkerumun.

12 mangsa terbunuh, 100 parah dalam insiden rempuhan dalam stadium

“Kami juga mengesahkan 12 mangsa meninggal dunia, sembilan daripadanya di Stadium manakala tiga lagi sewaktu menerima rawatan di hospital.
“Ia satu detik hitam buat bola sepak Salvadoran,” katanya.

Tambah Arriaza, dua daripadanya mengalami cedera parah.

Dalam kejadian itu, pegawai kecemasan bertungkus lumus memindahkan orang ramai dari Stadium dengan bantuan ratusan pegawai polis dan tentera.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Francisco Alabi berkata seluruh rangkaian hospital di Salvadoran bersiap sedia menyediakan rawatan perubatan untuk semua pesakit.

Jurucakap kumpulan perkhidmatan kecemasan Comandos de Salvamento, Carlos Fuentes, berkata lebih 500 orang kini sedang mendapatkan rawatan.

“Kira-kira 100 0rang dilaporkan dalam keadaan kritikal dan telah dibawa ke hospital. Beberapa daripada mereka menunjukkan tanda-tanda asfiksia dan jenis trauma lain,” jelasnya.

Siasatan akan dijalankan

Presiden El Salvador, Nayib Bukele berkata Polis Awam Kebangsaan El Salvador (PNC) dan Pejabat Peguam Negara bakal menjalankan siasatan berhubung insiden itu dan membawa pesalah ke muka pengadilan.

“Semua orang akan disoal siasat termasuk ahli pasukan, pihak pengurus, stadium, liga dan Persekutuan.” katanya di Twitter.

Jelas Bukele lagi, beliau memberikan amaran kepada sesiapa yang didapati bersalah dalam insiden itu dan tidak akan terlepas daripada hukuman.

Kenyataan Daripada Pihak Liga Bola Sepak Tempatan

Persekutuan Bola Sepak Salvador (Fesfut) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya menzahirkan kekesalan berhubung insiden yang menimpa di stadium Cuscatlan.

“Kami menyatakan solidariti terhadap keluarga mereka yang cedera dan terbunuh.

“Fesfut akan segera meminta laporan berhubung kejadian yang berlaku dan akan menyampaikan maklumat dengan kadar segera,” kata badan sukan bola sepak berkenaan.

Perlawanan di antara pasukan Alianza dan FAS dilaporkan terpaksa ditangguhkan sehingga tarikh baru diberitahu kelak.

Sebelum ini, seramai 135 orang termasuk lebih 40 kanak-kanak juga dilaporkan terbunuh dalam satu insiden rempuhan yang berlaku di sebuah stadium di Indonesia tujuh bulan lalu.

Difahamkan, pihak polis telah melepaskan gas pemedih mata sehingga mencetuskan panik terhadap ramai mangsa. Ramai penyokong dilaporkan mengalami sesak nafas sewaktu berkerumun menuju pintu keluar stadium.

Berikutan itu, seorang pegawai polis Indonesia dan dua pegawai perlawanan telah dipenjarakan selama 12-18 bulan tersebut.

Baca Lagi:
“Bakal kahwin tak lama lagi”, Sharnaaz Ahmad akhirnya dedah hubungan sebenar dengan Amelia Christie
KPM benarkan guru, murid boleh terus pakai baju sukan ketika cuaca panas
Elisya Sandha ‘terbelanja’ aset ketika buat video bersama anak, komen Sheila Rusly dan Fasha Sandha turut di kecam netizen
CATEGORIES