10 tahun wanita ini setia jaga suami koma, bila suami tersedar ini yang terjadi..

Photo of author

By Joe

10 tahun wanita ini setia jaga suami koma, bila suami tersedar ini yang terjadi… Memang sukar di zaman sekarang untuk mencari isteri yang setia dan sanggup menjaga suami yang lumpuh atau tidak bermaya.

Jika ada isteri seperti itu, maka patutlah banyak bersyukur.

Pengorbanan seorang wanita di China yang menjaga suaminya yang koma selama sedekad ternyata berbaloi apabila lelaki itu mula sedar, lapor South China Morning Post.

10 tahun wanita ini setia jaga suami koma, bila suami tersedar ini yang terjadi..
Gambar sekadar hiasan

Sun Hongxia, dari wilayah Anhui, enggan berputus asa terhadap suaminya yang tidak sedarkan diri selepas serangan jantung pada tahun 2014.

Dalam klip video, Sun dilihat duduk di sebelah suaminya yang kini terjaga di atas katil.

Apabila dia mula menceritakan kembali beberapa tahun yang lalu, dia menangis.

“Walaupun saya sangat penat, saya rasa segala-galanya berbaloi kerana kami disatukan semula,” katanya kepada Dawan News sambil tersenyum dan menyentuh lembut kepala suaminya.

Menurutnya, sokongan keluarga, terutama anak mereka, memberi inspirasi kepadanya untuk terus kuat dan tidak berputus asa dalam menjaga suaminya.

“Setiap hari sejak sedekad lalu, fikiran saya sentiasa tertumpu kepada suami.

“Saya lakukan semua ini untuk memastikan suami selesa ketika dia tidak sedarkan diri,” katanya.

Katanya, keadaan suaminya memerlukan penjagaan khas kerana bernafas dengan tiub trakeostomi dan tiub khas untuk membuang air kecil.

“Semua itu memerlukan kerja keras dan kesabaran untuk memastikan dia hidup dalam keadaan selesa dan bersih.

“Akhirnya, semuanya berbaloi apabila matanya kini terbuka sedikit demi sedikit,” katanya.

Dalam pada itu, bapa mentuanya yang berusia 84 tahun berbangga dan bersyukur dengan pengorbanan yang dilakukan oleh wanita itu demi anak lelakinya.

“Walaupun dia cuma menantu saya, sebenarnya dia lebih baik daripada anak perempuan kandung saya.

“Tiada siapa yang boleh menandinginya,” katanya.

Kisah pasangan ini meraih perhatian di China dan menyentuh hati ramai netizen yang memuji kesetiaan wanita tersebut.

Baca Lagi:
Pekerja tak perlu datang kerja jika rasa tidak gembira, boleh ambil cuti khas
Rider Singapura kongsi rakaman video mat motor Malaysia mahu ‘pau’ duit
“Baru check in hotel tv dah crack, pihak hotel selamba minta ganti rugi”