10 tahun tunggu zuriat, lelaki umur 80 tahun syukur akhirnya bergelar ayah. Pasangan mana pun di dunia ini pasti mengidamkan untuk mempunyai zuriat, bukan?
Tidak semua orang diberi peluang untuk memperoleh zuriat. Ada yang rezeki mendapatinya dengan cepat, manakala ada yang perlu menunggu lama untuk mendapatkan zuriat.
Mereka adalah penerus warisan kita ketika kita sudah tiada nanti. Kehadiran cahaya mata ini juga dapat menambah kebahagiaan dalam rumah tangga, tanpa mengira umur anda.
Namun, baru-baru ini menjadi viral apabila pasangan yang akhirnya dikurniakan zuriat selepas sekian lama menanti menjadi perhatian ramai.
Selepas 10 tahun, akhirnya bersyukur di kurniakan zuriat.
Menerusi perkongsian video tersebut, wanita yang dikenali sebagai Ummi berkongsi berita gembira apabila dia dan suaminya akhirnya dikurniakan cahaya mata.
Walaupun suaminya berumur 80 tahun dan Ummi berumur 42 tahun, mereka dikurniakan seorang anak perempuan pada Jumaat, 31 Mei yang lalu.
“Ini adalah zuriat pertama kami selepas 10 tahun berumah tangga. Suami sangat bersyukur kepada Allah atas kurniaan ini,” kata Ummi.
@ummimakhapakyobKurnian zuriat dari Allah di usia Ayahnya umur 80 tahun, 9.30mlm hari Jumaat 31May2024 Puteri kami dilahirkan
Alhamdulillah, penantian yang sangat bermakna buat pasangan ini. Semoga dipermudahkan segalanya 🙂