10 tahun tinggal di Malaysia, warga Nigeria saman kerajaan RM4 juta

10 tahun tinggal di Malaysia, warga Nigeria saman kerajaan RM4 juta

10 tahun tinggal di Malaysia, warga Nigeria saman kerajaan RM4 juta. Seorang bapa warga Nigeria yang berkahwin dengan seorang perempuan rakyat Malaysia, hari ini mengheret kerajaan ke mahkamah untuk menuntut pampasan RM4 juta berhubung penahanannya yang didakwa menyalahi undang-undang selama 40 hari.

Simon Adavize Momoh memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam dua hari lalu, dengan menamakan ketua pengarah imigresen, ketua pengarah penjara, menteri dalam negeri, dan kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga keempat.

Sepanjang 10 tahun menetap di Malaysia, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan selama 40 hari yang dikaitkan dengan kesalahan lalu lintas pada 2021, serta percubaan pihak berkuasa untuk menghantarnya pulang dengan membatalkan visa pasangannya (pas lawatan sosial).

10 tahun tinggal di Malaysia, warga Nigeria saman kerajaan RM4 juta

Dia sebelum ini berjaya membatalkan mendapat perintah mahkamah untuk membatalkan kedua-dua penahanan dan pengusiran berkenaan.

Ketika dihubungi media hari ini, peguam Momoh, V Vemal Arasan mengesahkan pemfailan tindakan sivil terhadap penahanan 40 hari warga Nigeria itu bermula dari 15 Mac hingga 23 April 2021.

Menurut pernyataan tuntutan saman sivil, plaintif berhujah bahawa penahanannya adalah menyalahi undang-undang kerana dia ditahan sedangkan dia mempunyai visa yang sah, sekali gus melanggar Seksyen 35 Akta Imigresen 1959/63.

Momoh mendakwa Perkara 5(4) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa apabila seseorang bukan warganegara ditangkap, dia hendaklah dihadapkan ke hadapan majistret dalam tempoh 14 hari dan tidak boleh ditahan lanjut tanpa perintah majistret.

“Plaintif mengakui bahawa sepanjang tempoh penahanan/penjara yang menyalahi undang-undang itu, plaintif tidak pernah dikemukakan di hadapan majistret,” kata Momoh.

Plaintif berhujah bahawa percubaan pihak berkuasa untuk membatalkan visanya adalah “hukuman” atas kesalahan terdahulu di bawah Akta Trafik Jalan 1987, yang sebelum ini dia telah didakwa di mahkamah dan mengaku bersalah atas pertuduhan itu pada 15 Mac 2021.

Dia berkata bahawa selepas menjalani hukuman penjara sehari dan membayar denda RM12,000, dia tidak dibebaskan dari penjara pada jam 4 petang hari itu, sebaliknya memulakan penahanan yang menyalahi undang-undang dengan dibawa ke Penjara Kajang kononnya atas alasan melakukan ujian calitan Covid-19, dan ia akan mengambil masa 14 hari untuk menunggu keputusan dikeluarkan.

Momoh berkata di sebalik itu, dia tidak dibebaskan dan terpaksa memfailkan permohonan habeas corpus di mahkamah untuk membatalkan penahanannya, yang membawa kepada pembebasan daripada tahanan pada 23 April 2021.

Plaintif mendakwa perintah pengusirannya adalah tidak sah kerana ia bukan dibuat atas sebab kesalahan imigresen tetapi sebaliknya atas kesalahan trafiknya.

Momoh berhujah bahawa penahanan itu juga tidak sah kerana pihak berkuasa tidak memaklumkan alasan penahanannya sehingga hari ke-31, iaitu pada 16 April 2021, apabila pihak berkuasa memaklumkan perkara berkenaan kepada peguamnya.

“Perkara 5(3) (Perlembagaan Persekutuan) menyatakan bahawa seseorang yang ditangkap harus dimaklumkan secepat mungkin tentang alasan penahanannya,” kata plaintif.

Menerusi tuntutan mahkamah itu, Momoh menuntut ganti rugi am RM2 juta bagi penahanan 40 hari yang tidak sah, dengan setiap hari dikira pada kadar RM50,000.

Dia menuntut RM1 juta untuk kesakitan, penderitaan, tekanan emosi dan keperitan mental.

Momoh turut menuntut ganti rugi teladan RM1 juta, ganti rugi khas RM3,925.31, faedah lima peratus ke atas ganti rugi yang diberikan oleh mahkamah yang akan dikira mulai 15 Mac 2021 sehingga tarikh penyelesaian penuh, kos dan apa-apa relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Tindakan sivil itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 Februari ini.

Pas Momoh telah diperbaharui sehingga 27 Jan 2025, dan pasportnya diperbaharui sehingga 14 Dis 2027.

Baca Lagi:
Jutawan mengamuk keluarkan semua duit simpanan selepas ditegur pegawai bank
Ini syarat utama kalau nak kerja di pasaraya Sabasun, – Patutlah makin maju
Beruntungnya dapat majikan macam Sheila Rusly, tapi yang pelik, “mana bos mana bibik ni”
CATEGORIES