10 tahun suami buat kerja kotor, bagi isteri makan ubat tidur ajak kawan lelaki tidur sekali

Photo of author

By Joe

10 tahun suami buat kerja kotor, bagi isteri makan ubat tidur ajak kawan lelaki tidur sekali. Seorang lelaki yang bergelar ketua keluarga seharusnya menjadi ‘malaikat pelindung’ buat isteri dan anak-anak di rumah. Pun begitu, lain pula nasib malang yang menimpa wanita Perancis bernama Gisele, 72, ini bila mana tubuhnya dipergunakan oleh suaminya sendiri, Dominique P, 71, dengan cara paling tidak diterima akal manusia.

10 tahun beri isteri makan ubat tidur tanpa pengetahuan

Selama 10 tahun, Dominique didakwa memberikan ubat tidur dan pil anti-anxiety kepada Gisele secara senyap-senyap. Setelah wanita itu terlena, dia akan membawa masuk lelaki tidak dikenali ke dalam rumah mereka untuk menodai Gisele. Perbuatan itu akan dirakam sebagai koleksi yang kemudiannya dikongsikan semula dengan para pelaku.
10 tahun suami buat kerja kotor, bagi isteri makan ubat tidur ajak kawan lelaki tidur sekali
Gambar hiasan

Kejadian di pusat membeli-belah akhirnya membongkar ‘pekung’ suami

Pada September 2020, Dominique ditangkap oleh pengawal keselamatan kerana didapati merakam bahagian bawah skirt tiga wanita di pusat membeli-belah.

Insiden ini akhirnya membawa kepada penemuan ratusan video yang menunjukkan isterinya, Gisele, ditiduri oleh lelaki lain dalam keadaan tidak sedarkan diri. Dominique didapati telah ‘merekrut’ lelaki-lelaki tersebut melalui pencarian di sebuah laman web.

Ubat yang diberikan mengundang kesan sampingan kepada tahap kesihatan isteri

Pakar berkata, ubat-ubatan yang diberikan kepada Gisele tidak hanya membuatkan dia tidur seperti biasa, tetapi keadaannya lebih menyerupai keadaan koma.

Pengambilan ubat tersebut selama ini menyebabkan Gisele mengalami keletihan melampau dan masalah ingatan. Malah, wanita itu pernah merujuk kepada pakar saraf untuk mencari punca masalah kesihatannya tanpa menyedari bahawa suaminya telah melakukan sesuatu di belakangnya.

Segalanya bermula pada tahun 2011

10 tahun suami buat kerja kotor, bagi isteri makan ubat tidur ajak kawan lelaki tidur sekali

Tertuduh lain yang turut dihadapkan ke mahkamah mempertahankan diri mereka dengan hujah bahawa mereka sekadar merealisasikan ‘fantasi’ ranjang antara Dominique dan Gisele.

Kegiatan terkutuk tersebut dikatakan bermula pada tahun 2011. Kini, Gisele terpaksa menghadiri beberapa persidangan sambil menyaksikan wajah-wajah para tertuduh yang langsung tidak dikenali olehnya.

Baca Lagi:
Tular video MB Selangor lepak mamak dengan MB Kedah
Sebab nak makan piza halal, Yuna disenarai hitam di Kanada
Kenali 7 jenis beras terbaik untuk pesakit kecing manis