10 tahun hidup dalam tekanan, penduduk keluar duit sendiri beli air untuk minum, masak

10 tahun hidup dalam tekanan, penduduk keluar duit sendiri beli air untuk minum, masak

10 tahun hidup dalam tekanan, penduduk keluar duit sendiri beli air untuk minum, masak.

Lebih 100 keluarga di Kampung Jilid 9, Segantang Garam, Merbok, Sungai Petani di sini, hidup dalam tekanan kerana terpaksa mengeluarkan pembelanjaan lebih bagi membeli air untuk diminum dan memasak berikutan sering mengalami gangguan bekalan air sejak 10 tahun lalu.

Bukan itu sahaja, mereka terpaksa membasuh pakaian di kedai dobi kerana bekalan air yang dihantar dengan menggunakan lori tangki tidak mencukupi untuk keperluan harian.

Keadaan itu menyebabkan rata-rata penduduk kampung berkenaan yang hanya bekerja kampung dan nelayan dengan pendapatan tidak seberapa menghadapi masalah kewangan setiap bulan.

Suri rumah, Rosni Mohamad Isa, 56, berkata, air yang dihantar kontraktor dilantik Syarikat Air Darul Aman (SADA) ke kampung mereka hanya sesuai untuk kegunaan membasuh pinggan mangkuk dan mandi.

10 tahun hidup dalam tekanan, penduduk keluar duit sendiri beli air untuk minum, masak

“Air yang dihantar menggunakan lori ini tidak sesuai diminum menyebabkan kami terpaksa membeli air minuman untuk menjaga kesihatan.

“Kos untuk membeli air minuman melebihi RM200 sebulan dan bertambah jika sesebuah rumah itu mempunyai ahli keluarga yang ramai,” katanya semasa ditemui di sini, semalam.

Pekerja kilang, Mohamad Harpit Osman, 41, berkata, dia terpaksa mengeluarkan perbelanjaan RM150 sebulan untuk membasuh pakaian keluarga di kedai dobi berdekatan.

“Saya tidak bermaksud air dihantar SADA ini tidak berkualiti tetapi ada ketikanya air ini berkeladak dan tidak sesuai membasuh pakaian,” katanya.

Seorang lagi penduduk kampung, Salbiah Mat Akhir berkata, bekalan air yang dibekalkan kontraktor SADA itu sentiasa tidak mencukupi.

“Biasanya pihak kontraktor tidak mengisi air ke dalam tong yang diletakkan di hadapan rumah dengan sempurna menyebabkan kami terpaksa mencatu kegunaanya.

“Selain itu kami hanya memperoleh bekalan air dalam tempoh dua hari sekali dan menjejaskan kehidupan penduduk seharian terutmanya mereka yang mempunyai anak ramai,” katanya.

Baca lagi: 

Iklankan diri mahu hidup bermadu, dua sahabat baik dikecam netizen

Ini antara sebab kenapa lelaki tua semakin diminati berbanding lelaki muda…

Tular VIDEO lelaki belasah warga asing tunggang basikal dengan besi sudah dikenal pasti.

CATEGORIES