10 senarai ‘website’ yang paling banyak rakyat Malaysia buka pada bulan Januari

Photo of author

By Joe

10 senarai ‘website’ yang paling banyak rakyat Malaysia buka pada bulan Januari. Di dalam dunia serba moden ini, kita tidak dapat lari dari perkembangan teknologi yang semakin pesat membangun.

Penggunaan teknologi yang canggih telah menjadi satu kewajipan dalam kehidupan supaya anda nampak tidak ketinggalan.

Apatah lagi di zaman maklumat di hujung jari ini, jika anda terlepas apa-apa, dengan pantas anda akan dicop sebagai ketinggalan.

10 senarai 'website' yang paling banyak rakyat Malaysia buka pada bulan Januari

Salah satu teknologi yang ada pada hari ini tentunya teknologi internet yang membenarkan kita melayari laman sesawang dengan mudah.
Terbaru, syarikat pembekal data digital untuk perniagaan, Similar Web mengeluarkan senarai laman sesawang yang sering dilayari oleh rakyat Malaysia pada Januari 2024.

Sebelum itu, mari kita ketahui dahulu apa itu definisi laman sesawang.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, laman web atau sesawang adalah sebuah dokumen elektronik pada paparan skrin komputer dan biasanya mengandungi teks, grafik, imej, bunyi dan sebagainya.

Kandungan-kandungan yang dipaparkan biasanya berkaitan institusi, organisasi, persatuan, individu dan sebagainya yang boleh diakses dengan capaian internet.

Google berada di kedudukan yang pertama

Berdasarkan Similar Web, tempat pertama senarai itu diungguli oleh Google.com.

Seperti sedia maklum, Google adalah merupakan laman carian yang paling popular dan paling banyak digunakan manusia.
Bahkan, Google.com juga menduduki tempat yang pertama dalam senarai laman sesawang yang paling banyak dilayari di dunia.

Maka tidak hairanlah jika Google.com berada di kedudukan teratas dalam senarai tersebut.

Menyempurnakan kedudukan tiga teratas adalah Youtube.com dan Facebook.com. Sama seperti Google.com, dua laman sesawang ini bukan sahaja paling banyak dilayari di Malaysia, malah ia juga paling banyak dilayari di dunia.

Daripada 10 senarai laman sesawang yang paling banyak dilayari oleh rakyat Malaysia, tujuh daripanya turut tersenarai dalam 10 laman sesawang yang paling banyak dilayari di dunia.

Berdasarkan senarai itu lagi, lima daripada 10 senarai tersebut adalah datang daripada laman sesawang yang berkaitan dengan media sosial.

Antara media sosial tersebut adalah Facebook, WhatsApp, Instagram, Twitter dan TikTok.

10 senarai 'website' yang paling banyak rakyat Malaysia buka pada bulan Januari

Baca Lagi:
Pesara umur 73 tahun merana bateri meletup dalam zakar, mengaku sumbat 3 biji bateri dalam kemaluan untuk puaskan nafsu
“Sepanjang 2 tahun kahwin, boleh kira dengan jari berapa kali kami bersama, terasa diri lagi hina dari pengemis, aku sampai bersujud dekat kaki suami supaya ceraikan aku…”
Bakal mak mentua hina rumah macam kandang, wanita ini akhirnya berjaya bina rumah sendiri, bukti bukan nak menumpang kekayaan kau makcik