10 senarai lubang benam paling dahsyat di dunia

Photo of author

By Joe

10 senarai lubang benam paling dahsyat di dunia. Fenomena geologi, lubang benam, terus menarik perhatian saintis dan orang ramai kerana keajaiban semula jadi ini sememangnya mengagumkan dan berpotensi memberi impak besar, termasuk meragut nyawa.

Kemunculan lubang misteri dari permukaan bawah laut hingga rongga daratan telah menimbulkan persoalan kepada banyak pihak kerana ciri-ciri luar biasa yang dimilikinya. Ini jelas menunjukkan tentang sifat bumi yang sentiasa berubah-ubah.

Berikut adalah 10 lubang benam terkenal di dunia dengan kisah menarik tersendiri, asal usul geologi yang unik, dan kesannya terhadap landskap sekitarnya.

10 senarai lubang benam paling dahsyat di dunia

1. Great Blue Hole (Belize)

10 senarai lubang benam paling dahsyat di dunia

Ia merupakan lubang benam bawah laut yang terkenal di dunia dan juga menjadi lokasi eksplorasi ikonik bagi para penyelam. Keajaiban marin ini terletak di luar pantai Belize, di tengah-tengah Lighthouse Reef Atoll di perairan Laut Caribbean. Lubang ini mempunyai diameter kira-kira 300 meter dan kedalaman 124 meter.

2. Dean’s Blue Hole (Bahamas)

10 senarai lubang benam paling dahsyat di dunia

Keajaiban semula jadi ini adalah lubang benam paling dalam yang dikenali sebagai ‘blue hole’, dengan kedalaman melebihi 200 meter. Ia terletak di Long Island, dengan air yang sejernih kristal, menarik perhatian para penyelam yang ingin meneroka misteri dan keindahan yang menakjubkan.

3. Xiaozhai Heavenly Pit (China)

10 senarai lubang benam paling dahsyat di dunia

Ia terletak di daerah Fengjie dan turut dikenali sebagai Xiaozhai Tiankeng. Lubang benam dengan dimensi unik ini berdiameter lebih 511m dan mempunyai kedalaman yang sama. Ia dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan yang subur dan cenuram batu kapur yang curam serta disifatkan sebagai keajaiban geologi.

4. Devil’s Sinkhole (AS)

10 senarai lubang benam paling dahsyat di dunia

Lubang benam gua dengan dinding menegak yang terletak di Amerika Syarikat (AS) ini merupakan contoh pembentukan fenomena geologi di Texas. Ia terletak di daerah Edwards, dan bentuknya yang unik telah menjadikannya habitat bagi koloni besar kelawar ‘ekor bebas’, serta destinasi utama bagi pencinta alam semula jadi.

5. Gunung Gambier (Australia Selatan)

10 senarai lubang benam paling dahsyat di dunia

Ia terkenal kerana gabungan unik aktiviti vulkanik dan lubang benam. Antara ciri paling terkenal ialah Tasik Biru selain lubang benam Umpherston iaitu sebuah gua batu kapur yang telah berubah menjadi ‘taman tenggelam’ dengan tumbuhan yang subur dan formasi batuan yang menarik.

6. Red Lake (Croatia)

10 senarai lubang benam paling dahsyat di dunia

Keajaiban semula jadi ini, yang juga dikenali sebagai Crveno Jezero, terletak di tengah-tengah Dalmatian Hinterland. Lubang benam ini merupakan yang terbesar di dunia, dan namanya berasal dari tebing kemerah-merahan yang mengelilinginya. Ia juga menawarkan peluang unik untuk meneroka hubungan saling berkaitan antara permukaan dan sistem akuifer bawah tanah.

7. Sima Humboldt dan Sima Martel (Venezuela)

10 senarai lubang benam paling dahsyat di dunia

Lubang benam berkembar, Sima Humboldt dan Sima Martel terletak di kawasan terpencil Chimantá Massif. Lubang benam ini antara yang paling dalam di dunia, dikelilingi oleh hutan hujan yang subur dan hutan belantara yang belum pernah diterokai.

8. Giant Glory Hole, Empangan Monticello (AS)

Lubang benam buatan manusia di Empangan Monticello di California ini mempamerkan kepintaran dalam bidang kejuruteraan serta keindahan alam semula jadi. Lubang benam berbentuk alur tumpahan dengan diameter 22 meter ini dibina untuk menguruskan air berlebihan di Tasik Berryessa, kelihatan seperti ‘pusaran gergasi’.

9. Lubang Benam Guatemala City (Guatemala)

10 senarai lubang benam paling dahsyat di dunia

Ini adalah peristiwa geologi yang menggemparkan pada tahun 2010 dan menarik perhatian dunia kerana ia telah mengubah landskap ibu kota Guatemala. Lubang benam berdiameter 20 meter dengan kedalaman melebihi 30 meter ini muncul secara tiba-tiba selepas hujan lebat berterusan dan kejadian paip kumbahan yang pecah, menyebabkan pemendapan tanah.

10. Sotano de las Golondrinas (Mexico)

10 senarai lubang benam paling dahsyat di dunia

Cave of Swallows ini terletak di wilayah Huasteca Potosina ini adalah lubang benam gergasi dengan dinding menegak yang menjunam pada kedalaman kira-kira 370m. Ia mendapat namanya daripada habitat kumpulan besar burung walit dan burung bayan hijau selain menjadi tumpuan utama penggemar aktiviti lasak.

Baca Lagi:
Nenek pegang rotan jadi cikgu disiplin dekat masjid raih perhatian ramai
‘Lepas 20 tahun aku duduk rumah kebajikan, sekarang baru aku tahu yang ayah buang aku dengan duit RM50’
‘Isteri terkejut suami orang alim tapi ada pakaian wanita dan rambut palsu dalam almari’